Subscribe to:
Posts (Atom)
Jun 2, 2011
Berita Terkini 03/06/2011
2011/06/03
KABUL: Pemimpin kanan Al-Qaeda dan bekas rakan seperjuangan, Osama Bin Laden ditangkap di utara Afghanistan hari ini.
NATO dalam kenyataannya, berkata bekas rakan seperjuangan Osama yang berpangkalan di Pakistan itu dipercayai bersama-sama dengan bekas pemimpin Al-Qaeda yang terbunuh dalam serangan Amerika Syarikat (AS) sejak 2001.
Bagaimanapun, NATO tidak mendedahkan nama tahanan dan butiran lain mengenainya, kecuali hanya memberitahu lelaki terbabit ditangkap dalam satu operasi di utara Balkh, Nahri Shahi.
Menurut NATO, lelaki terbabit adalah antara pemimpin kanan al-Qaeda dan pemberontak Taliban yang ditangkap di wilayah berkenaan sejak Februari.
Katanya, seramai 35 individu yang dikaitkan dengan pemberontak Taliban dan Al-Qaeda sudah ditangkap di Balkh sepanjang tempoh itu. - Berita Harian
2011/06/03
RAMADI: Sekurang-kurangnya tiga letupan berlaku di pejabat wilayah kerajaan di Ramadi, yang terletak di barat Iraq mengorbankan 10 orang manakala 15 yang lain cedera, lewat petang semalam.
Letupan keempat pula dilaporkan berlaku di kira-kira 100 kilometer di luar bandar berkenaan.
“Sekurang-kurangnya 10 maut manakala 15 lagi parah dalam tiga letupan hampir serentak di pejabat kerajaan di Ramadi jam 8.30 malam waktu tempatan," kara seorang pegawai polis Wilayah Anbar.
“Letupan pertama, kedua dan ketiga membabitkan bom kereta di tepi jalan yang dipandu pengebom berani mati," kata Lt Kol Mohammad Ismail.
“Letupan keempat juga hampir sama dengan yang ketiga. Tiga letupan yang pertama berdekatan bangunan gavenor manakala letupan keempat berhampiran Hospital Umum Ramadi," katanya.
Ramadi sejak beberapa bulan lalu menjadi sasaran penyerang dan serangan bom berani mati. - AFP
Siapa #AdindaEvans?
Hari ney tuk bulan ney la . hahaha kan ? ney haa . zaman skrg asyik ada jer org dok kene saman . ney lak hal BLOGGER macam kita ney.. Seorang penulis blog kene saman dgn DATUK SERI DR RAIS YATIM kerana memfitnah. aku tak tahu sgt aper mender fitnah tuh . tapi memang la . zaman skrg ney . ckp @$% ko la , !@$ mak ko la . saman jer . UNDANG-UNDANG negara kita dah ada . toksah nak takot la . nk pukul , pukul ja . sebijik penumbuk denda sapa maw bayar . APAK korank ? haha . tulah . sambung lagi kes BLOGGER ney .
2011/06/02
KUALA LUMPUR: Seorang penulis blog yang disaman oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim kerana didakwa memfitnah beliau diberi tempoh 14 hari oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini untuk membela diri.
Pesuruhjaya Kehakiman, Amelia Tee Hong Geok Abdullah menetapkan tempoh itu yang berkuatkuasa 30 Mei bagi Ahmad Mutalib Mohamed Daud mengemukakan keterangan pembelaan, demikian menurut peguam Norhani Nordin yang mewakili Rais.
Hakim Amelia, yang sebelum itu menemui Norhani dan Michelle Yesudas, peguam yang mewakili Ahmad Mutalib, turut menetapkan 30 Jun ini bagi pengurusan kes.
Pada 10 Februari lalu, Rais mengemukakan saman itu kerana mendakwa Ahmad Mutalib menyiarkan empat artikel antara 1 dan 7 Jan lepas dalam laman blognya di http://sabahkini.net. Alamat berdaftar Ahmad Mutalib ialah di Kota Kinabalu.
Dalam tuntutannya, Rais berkata, beberapa perkataan dalam artikel-artikel yang disiarkan itu berniat jahat dan memfitnah beliau sehingga menjatuhkan reputasinya sebagai seorang individu dan seorang profesional di dalam dan luar negara serta memalukan dan memberi tekanan kepada beliau.
Rais menuntut ganti rugi-ganti rugi am, khusus, teruk dan teladan selain memohon perintah agar Ahmad Mutalib menggugurkan semua perkataan dan ayat yang berunsur fitnah daripada semua artikel itu. -Berita Harian
Subscribe to:
Posts (Atom)